Monday, November 22, 2010

Kehidupan

Bagi sesetengah orang ...mereka lebih memandang kepada diri mereka sendiri...bila berasa senang dan selesa mereka lupa hendak memandang kepada yang lain.Terlalu leka dengan keasyikkan yang DIBERI.Contohnya bila hidup mewah...anak anak berjaya...kerja pun stabil..mereka bersyukur ke hadrat ILAHI tetapi mereka lupa memandang kepada golongan yang tidak berkemampuan..mereka tidak pernah bertanya mengapa nasib sesetengan orang sedemikian contohnya rakyat palestin?fakir miskin ...anak yatim...setiap hari hidup mereka derita...

Bagaimana yang MAHA PENYAYANG melahirkan PENDERITAAN
Bagaimana yang MAHA PEMURAH melahirkan KESEMPITAN
Bagaimana yang MAHA MENGASIHI melahirkan KESENGSARAAN

Kalau nak ikut jawapan umum ia lebih kepada "Takdir mereka"Nasib mereka"Ada hikmahnya" dan macam macam lagi..tapi itu tidak menyelesaikan masalah...Ada yang merempat..terbiar...Benarkah kita ini bernasib baik?Terkadang timbul juga persoalan yang begitu bagi hati yang terlalu menyayangi.Bila kita mendapat kebaikkan kita juga inginkan kebaikkan bagi yang lain..Bila kita mendapat kesenangan kita juga ingin kesenangan bagi yang lain...Bukankah itu INDAH?Kita kan bersaudara."Tidak beriman antara kamu jika tidak menyayangi antara satu sama lain".Alamak terkeluar pulak fakta yang menyokong kenyataan.

Semua itu boleh dijawap bila persoalan itu diajukan kepada yang MAHA KUASA.DIPERSAKSIKAN olehmu akan DIPERLIHATKAN olehNYA.Maknanya segala persoalan itu akan terjawap di dalam 99 namanya dan kita faham mengapa timbulnya hukum..wajib ..rukun...semua satu persatu akan diperlihatkan.

Mengenal diri Mengenal ALLAH

Huh!!!!!!!!..

Tengok tajuk pun dah menimbulkan pelbagai persoalan dan tomahan...Kenapa pula dikatakan mengenal diri mengenal ALLAH..Agak simbolik juga kata kata tu...Bagi orang awam mungkin tak perasan sgt kata kata ini

Kenal diri kau..kau kenal le tuhan kamu
Pandang satu pada yang banyak ...pandang banyak pada yang satu..

Umumnya memang le pelik bagi yang tidak memahami dan mempelajari..Tapi kalau nak ikut yang menjadi ikutan cukup ada pada ilmu sifat 20 dan 99 nama ALLAH.Di situ pun banyak rahsianya tetapi cuma bagi yang sudi mencari ....kalau nak menghafal dan tahu..maka dapatle ianya hafal dan tahu...Sebenarnya banyak FAKTA FAKTA atau KENYATAAN SOKONGAN yang boleh saya sertakan sekali untuk menunjukkan kata kata dan tulisan saya ini disokong dan diterima cuma saya rasa ia tidak berbaloi jika tiada keinginan dihati si PENCARI.

Banyak ilmu /tarikat/amalan/ikutan/perguruan dalam ilmu ini ..Ermmm semuanya tujuannya satu iaitu MENGESAKAN Allah swt.Ilmu ini bukanlah satu daripada ilmu hukum wajib/harus/sunat dan sebagainya...tetapi sebagai ilmu pengetahuan yang lebih kepada pengetahuan mengenai ALLAH swt dan ianya terhad kepada sifatnya sahaja dan bukannya zat.

TELAH ADA ALLAH DAN TIADA SESUATU BESERTA-NYA. DAN, DIA KINI ADALAH TETAP SEBAGAIMANA ADANYA.

Pada martabat zat, segala sifat, nama dan semua kewujudan lenyap di dalamnya, tidak boleh disaksi dan ditakbir lagi. Selagi boleh disaksi dan ditakbir ia masih lagi sifat bukan zat. Apabila sampai kepada perbatasan: “Lemah mengadakan pendapat tentang zat Ilahiat”, seseorang tidak ada pilihan melainkan mengakui wujudnya zat Wajibul Wujud (Wajib Wujud) kerana jika tidak wujud zat nescaya tidak ada sifat dan tidak ada kejadian atau perbuatan. Seorang bukan ahli kasyaf bermakrifat dengan akalnya dan beriman kepada zat Wajibul Wujud setelah terjadi kebuntuan akalnya mengenai hal ketuhanan pada suasana yang diistilahkan sebagai Wahadiyyah atau suasana pentadbiran Ilahi yang juga dipanggil Rububiah. Akal menyaksikan Rububiah atau hal ketuhanan yang menggerakkan sekalian makhluk. Peringkat kesudahan pencapaian akal dan ilmu makhluk dinamakan Hijab al-‘Izzati atau benteng keteguhan. Ilmu sekalian orang alim dan arif terhenti di sini. Zat Allah s.w.t tidak diketahui oleh makhluk kerana Dia tidak termasuk di dalam sempadan maklumat, pendapat dan kenyataan.

Pengalaman makrifat menurut akal berhenti pada kenyataan: “Semata-mata zat, yang maujud hanya Wajibul Wujud”. Pengalaman makrifat secara zauk pula berakhir pada: “Zat yang kosong dari makhluk, yang maujud hanya Allah s.w.t. Telah ada Allah s.w.t dan tiada sesuatu beserta-Nya. Dia kini adalah tetap sebagaimana dahulunya ”.

Ungkapan ini bukan untuk dibahaskan atau dihuraikan dengan terperinci kerana ia telah melepasi sempadan ilmu. Ia adalah pengalaman rohani, dinamakan penyaksian hakiki mata hati, tatkala hilang rasa wujud diri dan sekalian yang maujud, hanya Wujud Allah s.w.t yang nyata, semata-mata Allah s.w.t dan segala-galanya Allah s.w.t. Keadaan ini dicapai setelah melepasi makam-makam ilmu, amal, berserah diri, reda, ikhlas, lalu masuk ke dalam makam tauhid dan pengalaman tauhid yang hakiki.

Apa lebihnya ilmu ini?Menyesatkan?Mengindahkan?Mengasyikkan?

Jawapannya yang dicari memang akan ada pelbagai reaksi...cukup untuk simpanan peribadi.kerana setiap orang tidak memiliki rezeki yang sama.Semuanya telah diatur oleh ALLAH swt sesuai dengan kehendaknya.

Cuma bagi saya kalau sudah beramal dan dikurniakan.............................................................. Keindahan,KeAgungan,Kehebatan,Kebesaran dan pelbagai lagi dapat disaksikan.Berbicara dgn Allah,melihat ALLAH dan banyak lagi yang saya ingin sebutkan tetapi HASIL/KEPUTUSAN bagi sesuatu itu adalah TENTUANNYA dan bukan saya.Jika memandang dari sudut logik akal SEBAB menghasilkan MUSABAB tetapi mukjizat memecah musabab itu.Bagi saya hidup ini bukanlah untuk mencari HEBAT...tidak kiralah dari segi mana pun tetapi cukuplah dapat mengAgungkanNYA.Kalau didalam azan kita didengarkan dengan seruan "Marilah menuju kejayaan" dan dibalas pula dengan "Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH"iaitu cukup mengingatkan kita didalam menempuhi segala KEINGINAN tetapi tidak lupa bahawa "yang memberi itu"atau dengan kata lainnya bukan kita yang hebat itu seperti aku telah itu..aku telah ini ...aku telah bersedekah tetapi sebaliknya berterimakasih dan bersyukur atas kurniaan yang diberi.

Kita akan sambung lagi bab ini............celoteh skit skit....Semua orang pun tahu bumi itu bulat dan saya yakin tidak ada orang ingin bercerita mengenai bumi yang bulat itu secara panjang lebar kerana jawapannya TERHAD dan TERBATAS.Tetapi Allah swt tidak terbatas maka sampai bila pun jawapannya tidak akan sama antara satu sama lain cuma boleh setakat dikongsi melalui pengalaman masing masing itu sahaja.

Saya tidaklah baik tetapi saya sukakan kebaikkan.Saya juga tidaklah jahat tetapi saya bencikan kejahatan.Mana yang berfaedah dikongsikan bersama.

Sunday, November 21, 2010

salam sejahtera

Menulis aku atas waktu
Lalui rasa lalui deria
Kisah berlaku tiada yang tahu
semata mata Kurniaan yang Satu

Kerana Dia aku menangis
Tanggalkan sisa kewarasan
Rela melepaskan kemudi di tangan
Di kala ribut gelora
Datang mendera samudera

Kerana Dia aku menangis
Padamkan gaya dan perasaan
Sanggup memutuskan pertalian diri
Kepada selain Dia yang kudamba


Perjalanan HIDUP